BIOGRAFI PENGGIAT
Naim Bin Marjani @ Hj Radzuan atau lebih mudah dikenali dengan panggilan rapatnya Wak Naim merupakan salah seorang pembuat dan penggiat seni tarian kuda kepang yang terkenal di daerah Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan pengarah dan juga ketua di dalam kumpulan kuda kepang sinar warisan Sg Nibong, Batu Pahat Johor yang telah ditubuhkan pada tahun 1959. Wak Naim telah bergiat mula bergiat dalam seni tarian kuda kepang sejak dari umur 18 tahun lagi. Kini, beliau telah mecapai umur 70 tahun dan dikurniakan 7 orang anak perempuan hasil dari perkahwinan dengan Pn Sidah Binti Abdul.
Berbekalkan hasil kuda kepangnya, beliau dapat menampung perbelanjaan keluarga, membina rumah, membeli tanah, membuka bengkel sehinggalah mengupah pekerja. Beliau sangat mementingkan kekemasan dan kesempurnaan dalam menghasilkan kraftangan kuda kepangnya. Hal ini kerana menurut beliau kekemasan dan kesempurnaan sesuatu kraftangan itu menunjukkan martabat seni orang melayu. Berkat semangat yang tinggi dan tidak mengenal putus asa, hasrat beliau untuk menjadikan seni kuda kepang dikenali ramai membuahkan hasil. Setelah hampir 53 tahun, kuda kepangnya dikenali seluruh negeri sehingga mendapat anugerah di pelbagai peringkat. Salah satu daripadanya ialah beliau dianugerahkan sebagai tokoh seni warisan budaya 2007.