SEJARAH KUDA KEPANG
Kuda kepang merupakan sebuah tarian yang berasal dari jawa timur. Ia merupakan satu tarian yang diadaptasi dari kisah peperangan yang dilalui pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat iaitu perang badar. Tarian kuda kepang ini dicipta oleh salah seorang wali sembilan (wali songo) yang bernama sunan kali jaga. Tujuan kuda kepang ini dicipta ialah sebagai hiburan disamping tarikan dalam menyebarkan ajaran islam kepada masyarakat di tanah jawa.
Menurut naim marjani iaitu salah seorang penggiat kuda kepang yang masih aktif sehingga kini, nama kuda kepang diambil dari nama kuda anyaman yang dipanggil "kepang" dalam bahasa jawa. Jika di jawa, kuda kepang dikenali dengan panggilan kuda luping.
Kini, kuda kepang banyak di persembahkan di majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti majlis perkahwinan. Ia juga telah banyak dipersembahkan dan diperkenalkan bukan sahaja di kampung-kampung, malah di muzium-muzium, universiti-universiti dan sekolah-sekolah. Ia merupakan salah satu persembahan bagi memeriahkan lagi majlis.