Pantang larang
Menurut En Naim Marjani iaitu penggiat kuda kepang, kuda kepang ini sebenarnya tiada pantang larang kepada penari atau penontonnya. Tetapi terdapat beberapa individu yang mendakwa pernah menonton persembahan yang pernah berlarutan sehingga larut malam. Ada juga yang pernah mendakwa melihat penari kuda kepang memakan kaca dan menanduk buah kelapa. Penulis juga pernah mempunyai pangalaman sendiri dimana penulis pernah menonton penari kuda kepang memakan bunga. Penari pada ketika ini seakan-akan dirasuk oleh semangat kuda atau lebih dikenali dengan panggilan 'naik seh'. Ia terpulang kepada permintaan si tuan rumah atau ketua majlis. Tarian yang diadun oleh rasukan ini sebenarnya hanyalah untuk menampilkan kelainan dalam persembahan dan menjadikan persembahan lebih menarik. Tapi awas. Iman seseorang itu boleh rosak jika terlalu taksub.