GERAK ASAS TARIAN
Tarian ini merupakan tarian berperang ala-ala tentera yang ditarikan dengan hanya menggunakan kaki. Tarian kuda kepang ini ditarikan oleh 9 orang penari, 5 orang pemain muzik dan selebihnya ialah "danyang". Danyang merupakan penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya, iaitu si penari.
Penari kuda kepang ini menari dengan cara mengenjutkan badan, mendongakkan kepala dan duduk. Mengenjutkan badan ialah pergerakan yang diumpamakan sebagai kuda tersebut sedang bergerak dan berjalan. Pergerakan mendongakkan kepala pula merupakan gerakan seperti kuda berlari atau berlumba manakala pergerakan duduk pula ialah menggambarkan kuda itu berjoget.
Persembahan tidak boleh dimulakan secara melulu. terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi sebelum memulakan persembahan bagi tujuan keselamatan. Di majlis perkahwinan contohnya, tuan rumah perlu menyediakan sedikit "sajen" dalam bahasa jawa atau sajian yang berupa makanan seperti kuih muih atau bubur merah. Sembilan jenis makanan ringan pula perlu disediakan khusus untuk penari.